Monday 22 April 2013

KOLAGEN RUMPAI LAUT MITOS ATAU KENYATAAN??

Rumpai Laut merupakan anugerah alam yang tidak ternilai harga dan khasiatnya , "seaplant vegetable" tumbuhan yang hidup tanpa akar, daun, mahupun batang. Tidak memerlukan sebarang baja untuk hidup. Hanya akan hidup sekiranya nilai PH air laut menepati semua ciri-ciri keadaan yang paling sempurna. Jadi tidaklah hairan mengapa rumpai laut ini diternak dengan meluasnya dia perairan Semporna, Sabah. Rumpai Laut dijamin 100% bebas bahan kimia dan 100% organik. Rumpai laut itu sendiri tidak akan mampu untuk terus hidup sekiranya air laut dicemari. Setahu Along rumpai laut ini lah yang paling paling sensitif, musuh utama rumpai laut adalah hujan, malahan tindakbalas pendedahan pada matahari akan menyebabkan pertukaran warna kepada yang berwarna-warni.

PERSOALANNYA DI SINI ADAKAH RUMPAI LAUT MENGANDUNGI KOLAGEN? 
Rakyat Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan berita "Tiada Kolagen dalam Rumpai Laut" , tidak kurang juga isu hangat ini saban hari diperkatakan dan dikongsikan di ruang 'MukaBuku' . Tamparan yang maha hebat bagi para penternak, pembekal, pemborong, pengedar, para peniaga dan pengguna rumpai laut. 

Mungkin teknologi penyelidikkan kita hari ini di Malaysia masih belum menemui jawapan yang tepat untuk persoalan ini. Saban hari pengguna setia Rumpai Laut memperakui tindakbalas dan kesan pengambilan Rumpai Laut seolah-olah seperti pembentukkan kolagen di dalam tubuh badan diperbaharui. Tindakbalas yang dialami oleh rata-rata pengguna yang berjadual menunjukkan kulit semakin anjal , gebu dan licin, malahan kesan parut semakin pudar. Tidak kurang juga bagi individu yang mempunyai permasalahan kesihatan seperti batuk, tiroid, anemia, sakit lutut, debaran jantung, kebas tangan, kulit mengelupas, anyzme, muka berjerawat dan pelbagai lagi permasalahan yang telah menerima kesan positif akibat pengambilan dan pengamalan pemakanan Rumpai Laut secara teratur dan berterusan. Apakah Rumpai Laut yang berpotensi untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit layak dikatakan "hanya tumbuhan biasa"? Rugilah kita sebagai rakyat Malaysia negara penternak Rumpai Laut, jika tidak memperakui dan menghargai anugerah alam yang mantap ini.

Along, terpanggil untuk menyelidik sendiri kesahihan kolagen didalam Rumpai Laut ini, disebab Along pembekal Rumpai Laut, timbul rasa dipertanggungjawabkan untuk mencari kebenaran disebalik salah faham ini. Sejak mula beroperasi memang fanpage Along hanya mengunakan nama 'Pembekal Rumpai Laut Semporna Sabah Malaysia". Along lebih suka gunakan nama Rumpai Laut walaupun bunyi sedikit skema dan agak tradisional tapi hakikatnya itulah yang Along perdagangkan. Sukar untuk diterima bahawa Rumpai Laut tidak menyumbang langsung kolagen pada tubuh manusia. Maka Along akan menjalankan penyelidikan berdasarkan 'Data kedua' - berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pihak lain daripada seluruh dunia. Data di perolehi samada secara online mahupun offline melalui rujukan buku, journal dan artikel. Kebenaran itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Biarpun jawapannya nanti mengecewakan ,sekurang-kurangnya kita berpegang pada kenyataan bukan sekadar mitos atau omong kosong.

Bebalik kepada persoalan kita tadi.. Along rasa anda, para pembaca yang budiman boleh la 'Follow' Fanpage atau Blog Along ini untuk maklumat-maklumat yang seterusnya. Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama merungkai Rahsia Rumpai Laut. Untuk permulaan Along kongsikan artikel di bawah, dan ucapan terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. Sekiranya anda suka dan sebagai tanda penghargaan mohon Like & share pada rakan-rakan anda. 

Klik di sini untuk berita penuh ~ Result 1- Kandungan Protein dalam Rumpai Laut

No comments:

Post a Comment